Dr Zakir Naik mohon maaf tak dapat hadir Ijtimak di Kelantan

BANGI, 25 Syawal 1438H, Selasa – Pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik dilaporkan tidak dapat hadir ke Ijtimak Perpaduan Ummah Kali Ke-4 (Rantau Asia) di Kota Bharu, Kelantan yang bermula esok hingga Sabtu ini.

Perkara itu dimaklumkan pengarah program yang juga Timbalan Presiden PAS, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

“Kami menerima surat jawapan daripada Dr Zakir Naik, yang memaklumkan bahawa beliau tidak dapat menghadiri Persidangan Antarabangsa Perpaduan Ummah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Beliau memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan pada kali ini. Pihak penganjur akan mengganti slot beliau dengan tokoh lain yang akan dimaklumkan kamudian,” katanya.

Ijtimak tersebut akan diadakan di Dataran Stadium, Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Dewan Teratai Kota Darulnaim dan Kelantan Trade Centre (KTC).

Difahamkan tokoh agama dan pemimpin gerakan Islam dari pelbagai negara juga akan hadir ke ijtimak ini.

Antaranya Abdul Ghafar Aziz dari Pakistan, Ketua Umum Dewan Dakwah Indonesia, Dr. Muhammad Sidek, Saadat Hussain dan Dr. Redhwan dari India.

The post Dr Zakir Naik mohon maaf tak dapat hadir Ijtimak di Kelantan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?