Dua rakyat Jordan terbunuh di Kedutaan Israel
AMMAN, 30 Syawal 1438H, Isnin – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dalam kejadian tembakan di Kedutaan Israel di Amman, Jordan ekoran protes anti rejim itu.
Menurut laporan media, dua rakyat Jordan terbunuh ditembak dengan pistol dalam kejadian yang berlaku pada Ahad di luar pejabat kedutaan, terletak di bandar Rabiyeh.
Insiden itu ekoran kemarahan teruk rakyat Jordan terhadap Israel sejak tindakan rejim itu pada 14 Julai lalu ke atas masjid al Aqsa.
Kawasan di sekitar pejabat itu kini dikawal ketat oleh pihak polis, sementara pihak keselamatan ditempatkan di seluruh kawasan bagi mengawal keadaan.
Jumaat lepas, beribu-ribu penduduk di Amman mengadakan perhimpunan sebagai protes terhadap tindakan Israel memasang pagar elektronik dilengkapi dengan alat pengesan logam di masjid ketiga suci umat Islam itu.- Agensi
The post Dua rakyat Jordan terbunuh di Kedutaan Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan