Felda rugi RM2 juta sehari

BANGI, 24 Syawal 1438H Selasa – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengalami kerugian RM2 juta setiap hari kerana kekurangan pekerja mengumpul hasil kelapa sawit.

Ia susulan Jabatan Imigresen melakukan operasi besar-besaran menahan pendatang asing tanpa izin (PATI), antaranya adalah pekerja di lading milik Felda.

Pemangku Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dipetik Nanyang Siang Pau berkata, beliau mengakui Felda kini berdepan masalah kemerosotan pendapatan dan ladang kelapa sawit kekurangan pekerja.

“Kami mengabaikan kepentingan mengambil pekerja asing. Dianggarkan kami rugi sehingga RM2 juta sehari kerana kekurangan pekerja,” katanya.

Sehubungan itu Sulaiman berkata, bagi mengatasi kekurangan pekerja, Felda bercadang mengambil 7,000 hingga 8,000 pekerja asing, khasnya warga Bangladesh.

Ini kerana jelas beliau, berbanding negara lain, Bangladesh mampu membekalkan lebih ramai pekerja dan proses dokumentasi lebih mudah.

The post Felda rugi RM2 juta sehari appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?