Guru diminta tidak salah guna media sosial

SEREMBAN, 15 Syawal 1438H, Ahad – Para guru seluruh Malaysia diseru supaya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan kumpulan pengganas Daesh.

Timbalan Menteri Pendidikan 2, Senator Datuk Chong Sin Woon berkata, sesiapa sahaja yang terlibat dalam sebarang bentuk jenayah, akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk dikenakan tindakan.

“Kementerian juga akan mengambil tindakan serta-merta sekiranya ada mendapati mana-mana guru yang ada kecenderungan menyokong kumpulan pengganas,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai seorang guru kaunseling sekolah menengah yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas dua pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas Daesh, tahun lalu.

Pada masa sama, beliau mengingatkan supaya media sosial diguna pakai dengan sepatutnya.

“Memanglah ia memberi kemudahan kepada guru kerana ianya efektif tetapi biarlah platform itu digunakan dengan kebaikan.

“Janganlah menyalahgunakan kemudahan sosial media itu dengan memberi apa-apa signal dan terpegaruh dengan aktiviti kumpulan pengganas Daesh.

“Bagaimanapun, sekiranya ada antara pendidik melakukan sebarang kegiatan dan aktiviti yang menyalahi undang-undang, mereka tidak akan terlepas dari dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa,”katanya dalam sidang media selepas Program Jelajah Pendidikan 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Mydin Mall Seremban 2 di sini.

The post Guru diminta tidak salah guna media sosial appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian