Harga minyak naik lagi

BANGI, 18 Syawal 1438H, Rabu – Harga runcit minyak mingguan akan naik lagi bermula tengah malam ini, dua minggu berturut-turut sejak 5 Jun lalu.

Berdasarkan harga baharu yang diumumkan sebentar tadi, RON95 mengalami kenaikan sebanyak 4 sen seliter (RM1.97), manakala RON97 sebanyak RM2.22 (3 sen) seliter.

Sementara diesel akan dijual RM1.96 seliter.

Harga terbaru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini selama seminggu sehingga 19 Julai depan.

Mulai April tahun ini, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.

The post Harga minyak naik lagi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian