Indonesia gesa OIC adakan mesyuarat segera bincang isu Al-Aqsa

JAKARTA, 30 Syawal 1438H, Isnin – Indonesia menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin bagi membincangkan isu yang sedang berlaku di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis.

Menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan pihak berkuasa Israel yang mengenakan sekatan terhadap umat Islam untuk beribadah di tempat suci itu,  Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi berkata, pihaknya telah menghubungi Setiausaha Agung OIC, Dr Yousef Al-Othaimeen untuk meminta agar pertubuhan itu menganjurkan satu mesyuarat khas dengan segera.

Retno juga memaklumkan bahawa pihaknya telah menghubungi rakan-rakan sejawatannya dari beberapa negara anggota OIC termasuk Menteri Luar Turki,Mevlut Cavusoglu.

“Saya sudah mulai bergerak sejak lima hari yang lalu dengan membangun komunikasi dengan Menteri Luar Jordan,” kata beliau.

Jumaat lalu, pihak berkuasa Israel melarang umat Islam yang berusia bawah 50 tahun untuk menunaikan solat Jumaat dalam masjid berkenaan di samping memasang pagar besi di ruang masjid suci ketiga bagi umat Islam itu.

The post Indonesia gesa OIC adakan mesyuarat segera bincang isu Al-Aqsa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?