Israel buka semula Masjidil Aqsa tetapi umat Islam bantah peraturan baru

Umat Islam yang enggan memasuki Masjidil Aqsa berikutan peraturan baharu rejim Zionis, melakukan solat Zohor di luar ‘Lion Gate’ iaitu pintu masuk utama Masjid Al-Aqsa. – Gambar AFP

JERUSALEM, 22 Syawal 1438H, Ahad – Rejim Zionis membuka semula Masjidil Aqsa hari ini, selepas ditutup berikutan serangan yang menyebabkan dua anggota polisnya terbunuh, tetapi umat Islam enggan memasukinya berikutan langkah keselamatan baharu yang dikenakan, termasuk pemasangan alat pengesan logam dan kamera.

Orang ramai melaungkan ‘Allahu Akbar’, tatkala beberapa pelawat memasuki kawasan tanah suci ketiga umat Islam itu, yang bagi Yahudi dikenli sebagai ‘Temple Mount’.

Umat Islam yang mengerjakan solat Zohor hari ini, tidak memasuki Masjidil Aqsa, sebaliknya melakukan di luar kawasan yang dikawal.

“Kami menolak dan membantah perubahan peraturan yang dilakukan oleh kerajaan Israel. Kami tidak akan memasukinya dengan melalui alat pengesan logam.” kata Pengarah Masjidil Aqsa, Sheikh Omar Kiswani.

Kelmarin, Israel menutup dan membatalkan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa, termasuk menahan seorang ulama Muslim terkemuka di Jerusalem selepas tiga rakyat Palestin serta dua pegawai polis rejim itu terbunuh dalam kejadian tembak menembak di Kota Lama, di sini.

Sheikh Mohammad Ahmed Hussein yang mengecam tindakan Israel menutup masjid, ditahan di kawasan Bab Al-Asbat selepas mengetuai solat secara terbuka di kawasan berhampiran.

Berikutan itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan pihak berkuasa memasang alat pengesan logam dan kamera litar tertutup (CCTV) di semua pintu masuk ke Masjidil Aqsa. – Agensi

Israel halang solat Jumaat di Masjid Al Aqsa, tangkap ulama

Dunia Islam kutuk tindakan Israel tutup masjid Al Aqsa

The post Israel buka semula Masjidil Aqsa tetapi umat Islam bantah peraturan baru appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?