Isu lulus BM: Kerajaan kalah kepada tekanan gerakan hapus identiti bangsa

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 10 Syawal 1438H, Selasa – Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdul Rahman Mt Dali menyifatkan kerajaan tewas dan mengalah dengan tekanan gerakan mencairkan identiti negara.

Mengulas isu kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelantikan secara kontrak jawatan pegawai perubatan, beliau berkata, pemimpin Melayu tidak memahami kepentingan mempertahan identiti bangsa sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Pemimpin bukan Melayu mahu negara ini bukan lagi sebagai negara Melayu dan Islam.

“Manakala pemimpin Melayu tidak sensitif dan tidak percaya mereka diserang oleh gerakan mencairkan identiti asal negara,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Kementerian Kesihatan meluluskan kelonggaran syarat kelayakan Lulus Bahasa Melayu (BM) peringkat SPM untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi kelonggaran itu.

Dr Noor Hisham berkata, semua calon Pegawai Perubatan UD41 yang dilantik dengan kelonggaran syarat Lulus BM ketika lantikan kontrak perlu memenuhi syarat Lulus BM di peringkat SPM bagi tujuan pelantikan tetap ke jawatan Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan.

BERITA BERKAITAN: 

JPA longgar syarat lulus Bahasa Melayu untuk pegawai perubatan kontrak

The post Isu lulus BM: Kerajaan kalah kepada tekanan gerakan hapus identiti bangsa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian