Isu memelihara anjing: Ustaz Kazim nasihat tidak persenda hukum Allah

LENGGONG, 13 Syawal 1438H, Jumaat – Tindakan wanita Islam yang bangga memelihara anjing hingga menjadi viral dalam media sosial boleh menimbulkan fitnah besar, kata pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias.

Katanya, ada sebab mengapa Allah melarang kita umat Islam memelihara anjing, dan meletakkannya sebagai najis mughallazah.

“Bila Allah hukumkan haram maka itu ada sebabnya. Satu daripadanya yang kita dah tahu bahawa air liur anjing itu berkuman yang boleh menyebabkan kita mati atau sel otak menjadi mati seperti yang berlaku dalam kes penyakit anjing gila baru-baru ini.

“Bagaimanapun, anjing boleh dibela hanya untuk menjaga kebun atau pergi berburu saja tetapi jika tersentuh wajib juga disamak. Untuk jalan selamat, baik tak usah bela,” katanya ketika berceramah di Karnival Lenggong, malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas klip video dalam media sosial yang menunjukkan seorang wanita memelihara dan memegang anjing termasuk membiarkan mukanya yang memakai tudung dijilat haiwan itu yang diberi nama Bubu.

Ustaz Kazim berkata, tindakan wanita itu sebenarnya bukan sahaja menimbulkan fitnah besar sehingga boleh menjadi umat Islam yang cetek ilmu agama bercelaru, bahkan perbuatannya mempersenda hukum Allah dan pegangan mazhab Syafie yang dianuti di negara ini.

“Wanita itu sendiri bercelaru apabila memberi maksud ihsan terhadap anjing kerana kita tidak pernah disuruh bermusuh terhadap haiwan itu tetapi hanya dihukumkan sebagai najis terutama air liurnya yang boleh mendatangkan penyakit berbahaya.

“Kenapa kita sibuk hendak memelihara anjing sehingga ke dalam rumah sedangkan ia bukan suruhan Allah. Allah suruh kita bela anak yatim tapi anjing pula yang dibela. Kitab mana yang dibaca,” katanya.

The post Isu memelihara anjing: Ustaz Kazim nasihat tidak persenda hukum Allah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian