Jabatan Kesihatan kesan lokasi pernah dikunjungi Thaqif

KLUANG, 17 Syawal 1438H, Selasa – Jabatan Kesihatan negeri sedang mengesan lokasi yang pernah dikunjungi Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi,11, selepas disahkan meninggal dunia kerana penyakit kencing tikus atau leptospirosis, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak polis untuk mengesan lokasi terbabit.

“Saya tak mahu komen, adalah lebih baik dirujuk kepada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan sebab beliau yang keluarkan kenyataan dan tidak maklumkan kepada negeri khususnya kepada exco,” kata beliau kepada pemberita selepas Program Kesedaran Awam Mitigasi Konflik Manusia-Gajah di Kahang di sini hari ini.

“Namun begitu, boleh dikatakan kemungkinan besar dalam tempoh tertentu ada keluarga  yang bawa keluar Mohamad Thaqif Amin dari pusat tahfiz tersebut.

Kata Ayub, Jabatan Kesihatan juga akan mengenal pasti punca awal di mana Mohamad Thaqif Amin berada ketika diadukan mengenai penyakit itu.

“Jabatan Kesihatan negeri dengan polis sedang mengesan lokasi mana kanak-kanak terbabit berada ketika diadukan sakit itu sama ada di pusat tahfiz, balik kampung atau dibawa ke tempat tertentu.

“Kami akan siasat dulu dan mungkin itu juga menjadi antara faktor penyakit tu,” kata Ayub selepas diminta mengulas mengenai laporan keputusan kematian Mohamad Thaqif.

Kanak-kanak terbabit dipotong kedua belah kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman dan meninggal dunia pada 26 April lepas di  Hospital Sultan Ismail (HSI).- Bernama

The post Jabatan Kesihatan kesan lokasi pernah dikunjungi Thaqif appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian