Jakim sedia selia jawatankuasa perkasa Mahkamah Syariah

Oleh Athirah Huda Zalhe

PUTRAJAYA, 26 Syawal 1438H, Khamis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedia memikul tanggungjawab mengelola jawatankuasa yang akan ditubuhkan pada peringkat kebangsaan bagi membincang usaha memperkasa Mahkamah Syariah.

Menyambut baik rancangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai jawatankuasa itu, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, pihaknya setakat ini masih belum menerima makluman rasmi daripada Jamil Khir berhubung rancangan itu.

“Kita masih menunggu arahan selanjutnya daripada pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mungkin selepas ini (akan maklumkan),” katanya kepada Ismaweb.net ketika ditemui pada Majlis Tautan Ukhwah Yadim bersama NGO-NGO Islam di Kompleks Islam Putrajaya, hari ini.

Semalam, Jamil Khir dilaporkan berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu akan dibentangkan kepada Kabinet dan bakal diselia oleh Jakim.

Katanya, jawatankuasa berkenaan juga bakal dianggotai oleh semua pihak terbabit termasuk pemimpin-pemimpin politik.

The post Jakim sedia selia jawatankuasa perkasa Mahkamah Syariah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian