‘Jangan takut undi Pakatan Harapan, kerajaan tak tahu’

 

PETALING JAYA, 2 Zulkaedah 1438H, Rabu – Kakitangan kerajaan, terutama polis dan tentera tidak perlu takut untuk mengundi Pakatan Harapan kerana kerajaan yang ada sekarang tidak boleh mengesan atau menghukum mereka.

Sebenarnya kerajaan tidak boleh tahu, dan besar kemungkinan kerajaan yang ada sekarang ini akan kalah. Jadi mereka tidak boleh mengambil tindakan apa-apa pun, kata Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun dan mengetuai Barisan Nasional dalam lima Pilihan Raya Umum (PRU) menolak dakwaan bahawa kerajaan boleh mengesan dan menghukum pegawai kerajaan yang mengundi pembangkang.

Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas laporan mengatakan ada pemimpin Barisan Nasional (BN) memberi amaran kepada pegawai kerajaan supaya tidak mengundi pembangkang.

“Sebenarnya pihak kerajaan tidak akan dapat tahu siapa mengundi bagi siapa. Mungkin ramai yang akan takut. Jika tak undi kerajaan tindakan akan diambil terhadap mereka,” katanya sambil menjelaskan ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, beliau juga tidak tahu mengenai undi itu.

Tun Dr Mahathir berkata, ramai pihak terutama anggota berpakaian seragam seperti polis dan tentera yang mengundi secara pos bimbang mereka dikenakan tindakan jika mengundi pembangkang.

“Kita dapati ramai yang takut kalau-kalau undi parti lawan maka tindakan akan diambil ke atas mereka. Sebenarnya kerajaan tidak boleh tahu.

“Besar kemungkinan kerajaan ini akan kalah jadi mereka tidak boleh ambil tindakan apa-apa pun,” katanya sambil menambah bagi memastikan BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14, semua pihak haruslah mengundi Pakatan Harapan.

The post ‘Jangan takut undi Pakatan Harapan, kerajaan tak tahu’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?