Kakitangan kedutaan Israel di Jordan kembali ke Tel Aviv

AMMAN, 2 Zulkaedah 1438H, Rabu – Kakitangan kedutaan Israel di Jordan termasuk seorang pengawal keselamatan yang terlibat dalam insiden tembakan sehingga menyebabkan dua warga negara itu terbunuh, telah pulang ke Tel Aviv pada Isnin lalu.

Insiden yang berlaku pada Ahad lepas secara tidak langsung menguji hubungan diplomatik antara Israel dan Jordan, yang mana sebelum ini terikat dengan perjanjian damai.

Kejadian berlaku ketika ketegangan antara Israel dan Palestin memuncak di Baitulmaqdis serta tunjuk perasaan besar-besaran di Jordan membantah keganasan Israel serta sekatan rejim Zionis di Masjidil al-Aqsa.

Dilaporkan, insiden berkenaan berlaku apabila seorang remaja, Mohammed Jawawdeh, 17, pergi ke sebuah bangunan tambahan di kedutaan tersebut untuk memasang perabot sebelum bertindak menikam pengawal terbabit dari belakang, dakwa kementerian luar rejim.

Pengawal terbabit kemudian menembak mati Mohammed, manakala seorang lagi mangsa Bashar Hamarneh yang berada di tempat kejadian juga terkena tembakan dan meninggal dunia di hospital.

Susulan itu, Jordan mahu pengawal keselamatan terbabit disoal siasat, namun Israel menyatakan bahawa dia mempunyai kekebalan diplomatik dan harus dihantar pulang.- Agensi

The post Kakitangan kedutaan Israel di Jordan kembali ke Tel Aviv appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?