Kawasan terjejas akibat Rabies akan dikuarantin

KUCHING, 23 Syawal 1438H, Isnin – Beberapa kawasan di Sarawak terutamanya di Serian akan dikuarantin akibat  wabak anjing gila atau rabies yang menyebabkan tiga kematian di negeri itu.

Memetik laporan The Star Daily, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman berkata, kuarantin akan dijalankan sekiranya situasi menjadi lebih serius.

Namun dalam masa yang sama katanya, mereka akan melihat pro dan kontra sekiranya langkah terbabit diambil.

Terdapat empat kes wabak itu yang disahkan di Serian, di mana tiga kanak-kanak maut manakala seorang lagi kritikal di Hospital Umum Sarawak.

Bagaimanapun Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan, wabak rabies di Serian masih terkawal berikutan tindakan pihak berkuasa mengesan dan merawat kes gigitan anjing dan memberi vaksin kepada haiwan itu di kawasan terjejas.

Setakat ini, 26 kes gigitan anjing dikesan daripada 2 Julai hingga kini termasuk 19 kes semalam. Ini membawa kepada jumlah kumulatif sejak 1 April kepada 332 di mana 235 daripadanya sudah dirawat.

The post Kawasan terjejas akibat Rabies akan dikuarantin appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?