Kejayaan Khairul Hafiz, lagi bukti Melayu bangsa juara

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 25 Syawal 1438H, Rabu – Kejayaan yang diukir oleh raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan dengan memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Ke-94 malam tadi, sekali lagi membuktikan Melayu sebagai bangsa juara.

Mengagumi kejayaan anak muda berusia 18 tahun itu, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdul Rahman Mt Dali berkata, rekod 20.90 saat yang dipecahkan Khairul itu menunjukkan kemampuan orang Melayu menandingi bangsa lain.

“Orang Melayu perlu lebih yakin dengan kemampuan mereka dari segala aspek atau bidang sekali pun. Satu persatu kejayaan diraih oleh anak bangsa kita menunjukkan kita sudah kedepan dan mampu menandingi bangsa lain.

“Justeru, kita perlu bangga dengan bangsa kita, dan tidak mudah melabelkan kita sebagai bangsa yang lemah dan pemalas,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Khairul tidak hanya berjaya memecahkan rekod 20.92s milik Tan Sri Dr M Jegathesan yang dicatatkan pada Oktober 1968 di Sukan Olimpik Mexico, malah mengatasi rekod kejohanan 20.94s milik Kento Terada dari Jepun yang dicatatkan pada edisi 1996 di Kangar.

Beliau juga sebelum ini memecahkan rekod kebangsaan 100m milik Watson Nyambek (10.30s) selepas mencatatkan 10.18s di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2016, Julai lalu.

The post Kejayaan Khairul Hafiz, lagi bukti Melayu bangsa juara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?