Kejayaan Ziyad beri isyarat anak Melayu mampu jadi bangsa juara

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 22 Syawal 1438H, Ahad – Kejayaan atlet para Malaysia, Muhamad Ziyad Zolkefli memecah satu lagi rekod dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London memberi isyarat anak Melayu mampu menjadi bangsa juara.

Menyatakan kebanggaan itu, Naib Presiden Isma, Abdul Rahman Mt Dali berkata, pencapaian ini membuktikan tiada penghalang bagi anak Melayu menjadi juara dunia.

Muhammad Ziyad memperbaharui rekod dunia miliknya dengan melakukan lontaran 17.29 meter (m) pada acara yang berlangsung di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park, Sabtu.

“Saya datang ke sini untuk membawa pulang sesuatu kepada negara saya. Ini adalah rekod dunia kedua saya dan saya sangat bangga. Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk pencapaian ini. Saya bangun pagi ini (Sabtu) dan berfikir mungkin saya dapat memecahkan rekod dunia.

“Saya selalu impikan untuk melakukannya dan malam ini saya berjaya. Rekod dunia, juara Paralimpik dan kini juara dunia – ia sangat bagus,” kata Muhammad Ziyad.

Mengulas lanjut, pencapaian Muhammad Ziyad, Abdul Rahman berkata, sifat percaya diri menjadi membolehkan anak Melayu mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, dengan anak bangsa lain di dunia ini.

“Bermula dengan langkah pertama, perlu berani lakar impian, cita-cita besar untuk menjadi bangsa yang kuat, bermaruah. Anak Melayu perlu ada sifat percaya kepada diri mereka.

“Anak-anak ini perlu juga semai impian untuk menjadi bangsa yang kuat, bermaruah dan terhormat,” tegas Abdul Rahman.

The post Kejayaan Ziyad beri isyarat anak Melayu mampu jadi bangsa juara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?