Kementerian masih mengkaji keputusan mansuh elaun PISMP

BUTTERWORTH, 24 Syawal 1438H, Selasa – Kementerian Pendidikan masih mengkaji keputusan menghentikan elaun sara hidup dan perjalanan bagi pelajar pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG), yang dijadual bermula Jun tahun depan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya masih belum memuktamadkan keputusan itu, dan akan mengumumkan mengenainya dalam tempoh dua bulan lagi.

“Kita akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara ini dan saya akan mengeluarkan kenyataan mengenainya dalam tempoh terdekat.

“Ia belum diputuskan, malah perbincangan dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih sedang berjalan. Jadi beri kita masa untuk menjalankan kajian,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon dilaporkan berkata, kerajaan akan menghentikan elaun sara hidup dan perjalanan kepada pelajar pengajian PISMP di IPG mulai Jun tahun depan.

Bagaimanapun, kementerian itu akan menanggung sepenuhnya yuran pengajian bagi program tersebut sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.

The post Kementerian masih mengkaji keputusan mansuh elaun PISMP appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?