Kerajaan belum berhasrat ubah harga minyak harian

KUALA LUMPUR, 27 Syawal 1438H, Jumaat – Kerajaan setakat ini belum berhasrat untuk menukar mekanisme penetapan harga minyak petrol dan diesel secara mingguan kepada harian, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani. 

Beliau berkata, formula penetapan harga bahan api yang dicadangkan oleh Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebelum ini juga memerlukan masa serta penelitian secara menyeluruh. 

“Elok kita bagi sedikit masa untuk KPDNKK menyelaras bagaimana (penetapan) mekanisme perubahan harga mingguan ini. 

“Jika dilaksanakan mengikut penetapan harga harian, ia memerlukan persediaan yang rapi manakala pengusaha dan pemilik syarikat minyak juga perlu membuat persiapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) di sini, hari ini. 

Sehubungan itu, Johari berkata penetapan harga minyak secara mingguan akan diteruskan buat masa ini sehingga keputusan lebih baik dapat dicapai yang dapat memberi faedah kepada semua pihak termasuk rakyat serta kalangan pengusaha bahan api berkenaan. 

“Penetapan harga minyak mingguan setakat ini nampak ‘ok’ dah. Semua orang boleh mendapat manfaatnya.

“Pada akhirnya kelak, kerajaan tidak mahu ambil duit daripada pengguna. Kalau harga minyak jatuh, pengguna mesti mendapat manfaat dan begitu juga kalau harga minyak naik bermakna pengguna kena menanggungnya (kesan kenaikan),” katanya.- Bernama
 

The post Kerajaan belum berhasrat ubah harga minyak harian appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?