Kes FIC: Dua pegawai kanan syarikat direman enam hari

PUTRAJAYA, 28 Syawal 1438H, Sabtu – Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah reman enam hari terhadap dua pegawai pengurusan kanan syarikat berasingan bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel empat bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan kedua-dua lelaki itu, masing-masing ketua unit harta sebuah syarikat perkhidmatan pos berusia 36 tahun dan pengarah sebuah syarikat perundingan aset berusia 45 tahun di ibu pejabatnya pada semalam ketika memberi keterangan berhubung pembelian hartanah itu antara 2013 dan 2015.

Mereka disyaki terbabit dalam penilaian harta dan harga bagi pembelian hotel berkenaan.

Difahamkan, ketika urusan rundingan pembelian hotel itu, mereka adalah ketua penasihat korporat dan pengarah syarikat ejen hartanah terkenal yang menguruskan pembelian berkenaan.

SPRM sudah merakam percakapan 11 saksi dan difahamkan akan menahan lebih ramai individu, selain memanggil beberapa saksi bagi membantu siasatan.

The post Kes FIC: Dua pegawai kanan syarikat direman enam hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?