Lapangan terbang dalam UTHM

BATU PAHAT, 4 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bakal memiliki lapangan terbangnya sendiri.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeronautik Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan UTHM, Prof. Madya Dr. Zamri Omar berkata, usaha untuk mendapatkan serta memajukan lapangan terbang itu dilaksanakan sejak 2003.

Lapangan Terbang Tanjung Laboh yang terletak kira-kira 25 kilometer dari kampus utamanya di Parit Raja di sini akan dibangunkan mulai tahun depan dengan kos permulaan RM10 juta sebagai kampus penerbangan bersepadu.

“Terminal yang sudah wujud sejak Perang Dunia Kedua itu akan dibuka sebagai Fakulti Auronautik dan bakal dijadikan kampus utama fakulti untuk latih juruterbang serta jurutera penyenggaraan pesawat.

“Lapangan terbang ini sebenarnya mempunyai landasan sepanjang 1,000 meter yang langsung menghadap Selat Melaka dan akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan lengkap termasuk tempat simpanan pesawat.

“Ia juga bakal memiliki kemudahan Kawalan Trafik Udara (ATC) yang diiktiraf Jabatan Penerbangan Awam (DCA), ruang pejabat, dewan kuliah, bangunan fakulti selain kolej kediaman pelajar,” jelas Zamri kepada sebuah akhbar.

Beliau berkata, UTHM ketika ini menawarkan dua pilihan dalam program sarjana muda aeronautik, iaitu pelajar boleh memilih sama ada untuk mengambil pelesenan juruterbang atau pelesenan jurutera penyenggaraan pesawat.

“Menerusi program ini, setiap pelajar tidak perlu lagi membuat pilihan sama ada untuk melanjutkan pengajian mereka di universiti lain atau di pusat latihan penerbangan bagi mendapatkan lesen juruterbang atau jurutera.

“Malah pengajian sarjana muda dan latihan pelesenan penerbangan akan dilaksanakan serentak. Pelajar berupaya untuk menyelesaikan kedua-dua aspek pengajian ini hanya dalam tempoh empat tahun,” kata Zamri.

The post Lapangan terbang dalam UTHM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?