Lebih 13,000 remaja dirogol sejak 2010

BANGI, 3 Zulkaedah 1438H, Khamis – Sebanyak 13,272 kes rogol membabitkan remaja direkod sejak 2010 hingga Mei lalu, beritahu Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Katanya, semua kes itu melibatkan individu berusia kurang daripada 18 tahun.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, dalam tempoh sama juga sebanyak 6,014 kes cabul, 1,796 kes sumbang mahram dan 1,152 kes seks luar tabii telah dicatatkan.

Jelas beliau, Johor mencatatkan kes rogol bawah umur tertinggi iaitu 2,089 kes, manakala Selangor menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes cabul dan seks luar tabii, dengan masing-masing 1,052 kes dan 235 kes.

Sehubungan itu Rohani menegaskan, kerajaan bercadang untuk menubuhkanmahkamah khas bagi membicarakan jenayah seksual kanak-kanak di setiap negeri, selepas penubuhan pertamanya di Putrajaya.

Katanya, mahkamah akan memberikan rasa selamat kepada mangsa dan membantu mereka memberi keterangan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

“Mereka tidak akan rasa takut (sebab) kadang-kadang apabila mereka nampak perogol, nak bercakap pun mereka tak boleh. Sebab itu kita tubuhkan mahkamah khas, bagi mengekang rasa takut mereka,” katanya dipetik portal liberal. 

The post Lebih 13,000 remaja dirogol sejak 2010 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?