Lebih banyak tangkapan akan dibuat, bantu siasatan pembelian hotel mewah FIC
CYBERJAYA, 26 Syawal 1438H, Khamis – Lebih banyak tangkapan akan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes pembelian hotel mewah di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, penangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat selepas menerima maklumat terbaru yang dikumpul oleh pasukan penyiasat suruhanjaya itu.
“Berdasarkan apa yang telah dikumpulkan, akan ada beberapa penangkapan dibuat dalam masa terdekat. Jika terdapat keperluan untuk sebarang tindakan lanjut selepas itu, kita akan lakukannya,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Setakat ini, empat pegawai FIC ditahan untuk membantu siasatan selepas serbuan dilakukan di pejabat FIC, di Jalan Gurney Kuala Lumpur, baru-baru ini.
FIC dilaporkan membeli hotel empat bintang di London bernilai RM330 juta, antara tahun 2013 dan 2015.
The post Lebih banyak tangkapan akan dibuat, bantu siasatan pembelian hotel mewah FIC appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan