MAB bakal tubuh syarikat penerbangan sewa khas haji, umrah

KUALA LUMPUR, 2 Zulkaedah 1438H, Rabu – Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan menubuhkan anak syarikat baharu khusus untuk perkhidmatan sewa khas haji dan umrah, yang disasar beroperasi pada Oktober tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Peter Bellew berkata, keputusan menubuhkan syarikat penerbangan baharu untuk sewa khas haji dan umrah itu dibuat selepas melihat potensi besar dari segi pertumbuhan dalam segmen berkenaan.

“Sebagai permulaan, syarikat penerbangan baharu ini akan berada di bawah kami. Kami akan mencari pelabur strategik untuk syarikat baharu ini.

“Apa yang pasti, majoriti kepentingan (saham) dimiliki oleh mereka yang mempunyai minat di Malaysia, ” katanya kepada pemberita, hari ini.

Peter berkata, MAB akan memohon lesen daripada kerajaan pada akhir suku ini dan dijangka memperolehnya dalam tempoh sembilan bulan.

Katanya, MAB akan memajak pesawat A380 miliknya kepada syarikat penerbangan baharu itu, sekaligus memaksimumkan penggunaan pesawat berkenaan.

The post MAB bakal tubuh syarikat penerbangan sewa khas haji, umrah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?