Malaysia Airlines kendali 76 penerbangan haji

SEPANG, 30 Syawal 1438H, Isnin – Malaysia Airlines memulakan operasi penerbangan haji hari ini dengan kumpulan pertama berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Madinah jam 5.50 pagi tadi.

Penerbangan terus pesawat MH8000 itu dijadualkan tiba di Madinah pada jam 10 pagi (waktu Saudi).

Bagi musim ini, Malaysia Airlines akan mengendalikan 76 penerbangan terus ke Jeddah dan Madinah, yang berlepas dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Alor Setar, Kuala Terengganu dan Pulau Pinang.

Penerbangan haji itu akan dikendalikan oleh pesawat A380-800 dan A330-300, masing-masing dengan kapasiti 483 serta 287 tempat duduk.

Untuk kemudahan penumpang, Malaysia Airlines juga akan menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik yang dikendalikan oleh pesawat B737-800 menghubungkan penumpang dari Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Alor Star, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching ke KLIA.

Penerbangan akhir haji akan berlepas dari KLIA pada 26 Ogos.

Kesemua jemaah haji negara dijadualkan pulang ke tanah air pada 7 September, manakala penerbangan terakhir dari Arab Saudi ialah 4 Oktober depan.

The post Malaysia Airlines kendali 76 penerbangan haji appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?