Malaysia sedia bantu tangani kebakaran hutan di Indonesia

KUALA LUMPUR, 6 Zulkaedah 1438H, Ahad – Malaysia sedia menghantar anggota dan pegawai bomba ke Indonesia untuk membantu memadam kebakaran hutan dan ladang di republik itu, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata kerajaan memandang serius masalah berkenaan yang boleh menyebabkan jerebu dan sedia menyalurkan bantuan pada bila-bila masa.

“Saya sudah berbincang dengan Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengawal selia bomba dan juga pasukan SMART (Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia), dia sudah memberi jaminan bahawa kita sentiasa bersiap sedia pada bila-bila masa sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Larian Terowong SMART 2017, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Agensi Mitigasi Bencana Indonesia (BNPB) memberi amaran mengenai peningkatan ancaman kebakaran hutan berikutan musim kemarau yang dijangka bertambah buruk malah beberapa  kawasan panas telah dikesan di Aceh menyebabkan wilayah itu mengalami jerebu.

Bagaimanapun, Agensi Pemulihan Tanah Gambut Indonesia dilaporkan memberi jaminan bahawa negara jiran seperti Malaysia dan Singapura tidak mengalami jerebu kerana pihaknya telah mengambil langkah baharu untuk menghentikan kebakaran hutan.

Menjelas lanjut, Wan Junaidi berkata beliau telah bertemu gabenor Riau dan Jambi selain merancang untuk berjumpa dengan gabenor Acheh bagi membincangkan soal bantuan itu.

Beliau turut berterima kasih kepada Indonesia atas tindakan sistematik dan agresif dalam menangani jerebu dan yakin ​langkah proaktif yang diambil republik itu mampu menangani masalah jerebu sekali gus menjadikan negara ASEAN bebas jerebu menerusi Pelan Tindakan Bebas Jerebu menjelang 2020.- Bernama
 

The post Malaysia sedia bantu tangani kebakaran hutan di Indonesia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?