Malaysia tak sekat aplikasi Telegram

KUALA LUMPUR, 22 Syawal 1438H, Ahad – Kerajaan tidak berhasrat untuk menyekat penggunaan aplikasi Telegram di Malaysia pada masa ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Walaupun Indonesia telah mengharamkan penggunaan aplikasi Telegram kerana wujud unsur membabitkan keganasan, beliau berkata, pemantauan setakat ini mendapati tiada sebarang elemen penyebaran unsur-unsur jenayah dan keganasan melalui Telegram di negara ini. 

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, menegaskan kerajaan menghormati hak peribadi pengguna di negara ini dan tidak berhasrat untuk mencampuri ‘chatting’ pengguna Telegram. 

“Penelitian KDN (Kementerian Dalam Negeri) khasnya Unit Anti Keganasan dan Cawangan Khas PDRM mendapati bahawa aplikasi (Telegram) setakat ini tidak mengandungi unsur-unsur yang melibatkan berlakunya jenayah, jauh sekali daripada perbuatan merekrut atau untuk memperoleh dana bagi membiayai aktiviti keganasan,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Jakel Mall, di sini, hari ini. 

Ahmad Zahid diminta mengulas tindakan kerajaan Indonesia pada Jumaat (14 Julai) yang menyekat aplikasi Telegram berikutan pendedahan ia digunakan antara lain untuk menyebar fahaman militan Daesh serta aktiviti keganasan lain. 

Beliau berkata, kerajaan akan melakukan pemantauan berterusan terhadap penggunaan aplikasi media sosial bagi mengesan kegiatan ke arah keganasan.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga mempunyai beberapa kaedah ‘decoding’ yang dipakai untuk memantau sebarang elemen keganasan Daesh, termasuk usaha penyebaran ideologi, merekrut ahli dan mendapatkan dana di dalam media sosial ataupun komunikasi tanpa talian.

Katanya, pemantauan pihak berkuasa mendapati wujud penyebaran unsur-unsur keganasan melalui aplikasi lain seperti YouTube, WhatsApp dan Instagram.  – Bernama

The post Malaysia tak sekat aplikasi Telegram appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?