Mata pelajaran Perlembagaan perlu diwujudkan di sekolah IPT

PARIT, 22 Syawal 1438H, Ahad – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan mata pelajaran asas mengenai Perlembagaan diwujudkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia bertujuan menerapkan pemahaman yang lebih tinggi dalam kalangan golongan muda mengenai sejarah negara.

“Subjek itu penting untuk menjaga hak-hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan dan perkara-perkara yang telah dipersetujui ketika pembentukan Malaysia.

“Di sekolah, pendidikan mengenai Perlembagaan boleh diserapkan ke dalam mata pelajaran Sejarah manakala di IPT diwajibkan kursus Perlembagaan kepada pelajar,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Melayu Perkasa Negeri Perak di Seri Iskandar dekat sini.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, ttaklimat secara berkala mengenai Perlembagaan juga harus diberikan kepada golongan profesional, kakitangan kerajaan serta kelompok masyarakat.

“Perkara ini secara tidak langsung dapat mengelakkan pertikaian demi pertikaian oleh sesetengah pihak tentang hak keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu dan agama Islam dalam Perlembagaan. Mereka ini buat begitu kerana tidak faham,” katanya.

The post Mata pelajaran Perlembagaan perlu diwujudkan di sekolah IPT appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?