MRT jadi mangsa vandalisme selepas seminggu operasi

KUALA LUMPUR, 30 Syawal 1438H, Isnin – Baru seminggu operasi, Transit Aliran Massa (MRT) sudah menjadi mangsa ‘tangan-tangan’ tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang melakukan vandalisme.

Mendedahkan perkara itu, Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp), Datuk Najmuddin Abdullah berkata, pihaknya terpaksa mengeluarkan ribuan ringgit untuk membaiki kerosakan yang disebabkan perbuatan vandalisme.

Beliau berkata, kesan calar ditemukan di beberapa tempat duduk di sekurang-kurangnya empat stesen bawah tanah iaitu Muzium Negara, Pasar Seni, Merdeka dan Bukit Bintang.

“Banyak kesan calar pada bangku dan dinding. Kerosakan di tandas Orang Kelainan Upaya (OKU) pula berlaku sejak dua hari lalu.

“Pagi tadi saya lihat penyapu dan lampu di atas bumbung pintu keluar F atau Jalan Sultan Ismail di Stesen Bukit Bintang!,” tulisnya di laman sosial Facebook.

Najmuddin berkata, pemeriksaan yang lebih teliti mendapati kesan vandalisme pada bangku-bangku tersebut bukanlah disebabkan oleh beg atau objek lain.

Katanya, rekaan bangku yang dipilih untuk dirosakkan merupakan rekaan terpilih menerusi pertandingan yang dianjurkan dalam kalangan pelajar dan begitu menyerlah sekaligus menarik minat pengguna tidak bertanggungjawab untuk merosakkannya.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak berlaku pada rekaan bangku yang biasa yang diletakkan di stesen atas tanah.

“Apabila berdepan dengan masalah berkaitan MRT, salah satu masalah utama yang perlu dihadapi adalah vandalisme dan ia semakin menjadi-jadi.

“Kami terpaksa mengalihkan bangku itu dan membaikinya. Setakat ini, MRT Corp sudah membelanjakan sebanyak RM10,000 untuk tujuan itu,” katanya.

The post MRT jadi mangsa vandalisme selepas seminggu operasi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?