Nasib dua pegawai ZPP diputuskan minggu depan

GEORGETOWN, 25 Syawal 1438H, Rabu – Nasib dua pegawai Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang berdepan beberapa pertuduhan rasuah di mahkamah, akan diputuskan minggu depan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, Ahli Lembaga Pengarah ZPP akan mengadakan mesyuarat minggu depan untuk memutuskan tindakan rasmi terhadap ketua pegawai eksekutif dan pegawainya agensi itu.

“Ia adalah prosedur kerajaan yang standard tetapi buat masa ini, ZPP tidak membuat keputusan rasmi mengenai tindakan yang akan diambil terhadap kedua-dua pegawai tersebut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Malik berkata, semua tujuh pegawai ZPP termasuk Ketua Pegawai Wksekutif ZPP, Datuk Azman Abdul Samat yang ditahan reman SPRM untuk membantu siasatan Mei lalu, ditugaskan semula ke jawatan lain di luar agensi itu.

“Apabila kesemua pegawai ZPP itu dibebaskan, mereka meneruskan tugas mereka seperti biasa kecuali Azman yang masih diletakkan di luar ZPP.

“Operasi di ZPP berjalan seperti biasa walaupun kita perlu menghadapi kes ini. Kita masih mampu bertahan dalam tempoh paling sibuk iaitu bulan Ramadan dan kita berjaya menjalankan kerja dengan lancar,” katanya.

Azman dan Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti dan Pengurusan Asnaf ZPP, Mohd Wardi Ramli didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan berasingan menerima suapan serta menyalahguna kuasa.

The post Nasib dua pegawai ZPP diputuskan minggu depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?