Parlimen Jerman lulus perkahwinan sejenis


BERLIN, 7 Syawal 1438H, Sabtu – Parlimen Jerman semalam memutuskan untuk menyokong pasangan gay dan lesbian mempunyai hak berperlembagaan untuk berkahwin sejenis.

Keputusan itu memperlihatkan Jerman bergabung dengan beberapa negara Barat lain dalam memberikan hak kepada pasangan gay dan lesbian.

Dilaporkan, 393 Ahli Parlimen Jerman bersetuju meluluskan perkahwinan sejenis itu, manakala 226 anggota yang lain menolaknya.

Undang-undang berkenaan menyatakan bahawa perkahwinan seumur hidup oleh dua orang yang berbeza atau sejenis adalah sah dan akan dikuatkuasakan hujung tahun ini.

Ia turut memberikan hak kepada anak-anak angkat kepada pasangan sejenis ini.

Mei lalu Taiwan antara negara yang turut membuka jalan bagi menghalalkan perkahwinan sesama jenis di negara tersebut

Mahkamah negara itu menyatakan undang-undang Taiwan yang dilaksanakan sebelum ini, iaitu melarang perkahwinan sesama jenis, sebenarnya tidak mengikut perlembagaan. -Agensi

The post Parlimen Jerman lulus perkahwinan sejenis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian