Pelajar PPISMP dapat elaun, tambang

BANGI, 21 Syawal 1438H, Sabtu – Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)ambilan baharu Jun 2017 akan menerima elaun sara hidup RM430 sebulan dan tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 sepanjang tempoh program berkenaan.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelajar IPG sedia ada (ambilan sebelum Jun 2017) akan terus menerima elaun seperti yang diselaraskan mulai 1 Januari lalu, dengan kadar RM430 dan tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 setahun sehingga tamat pengajian.

Sementara bagi pelajar ambilan Jun 2017 yang menyambung pengajian ke peringkat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) – tempoh pengajian empat tahun – tiada elaun diberikan mulai ambilan Jun 2018.

Bagaimanapun, yuran pengajian berjumlah RM27,831.00 ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.

“IPGM telah berbincang dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenaraikan IPGM sebagai salah satu agensi penerima PTPTN bagi membolehkan pelajar IPG yang akan menyambung pengajian ke peringkat PISMP mulai bulan Jun 2018 menerima kemudahan pinjaman wang sara hidup,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon dilaporkan berkata, kerajaan akan menghentikan elaun sara hidup dan perjalanan kepada guru pelatih mulai Jun tahun depan, termasuk menyaran memohon pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menampung keperluan hidup mereka.

Bagaimanapun, pelaksanaan perkara itu dikecualikan kepada guru pelatih yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP).

The post Pelajar PPISMP dapat elaun, tambang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?