Pembantu Penguatkuasa KPDNKK dipenjara enam bulan mengaku terima rasuah
ALOR SETAR, 30 Syawal 1438H, Isnin –Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM1,200 Pembantu penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas mengaku salah menerima rasuah tiga tahun lalu.
Hakim Azman Abu Hassan membuat keputusan itu selepas tertuduh Muhammad Mat Sa’ad, 36, membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.
Prosiding kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrul Khuzaini Amiruddin manakala tertuduh diwakili Prem Singh.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Mat didakwa menerima untuk dirinya suatu benda berharga iaitu wang tunai RM400 dengan tiada balasan daripada Md Zamri Md Saman, 50, di gudang minyak tidak bernombor, Kampung Remia Manis, Padang Terap, 2 petang, 4 Oktober 2014.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
The post Pembantu Penguatkuasa KPDNKK dipenjara enam bulan mengaku terima rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan