Pengecualian visa rakyat Qatar masuk Mesir dihentikan

KAHERAH, 24 Syawal 1438H, Selasa – Kementerian Luar Mesir mengumumkan untuk menghentikan pengecualian visa ke atas Qatar.

Ini bermakna, semua warga Qatar yang ingin memasuki Mesir akan dikenakan visa, umum jurucakap kementerian itu, Ahmed Abu Zeid, semalam.

“Tidak masuk akal untuk Mesir memberi pengecualian visa dan keistimewaan kepada Qatar berdasarkan kedudukan (konflik) semasa,” katanya.

Bagaimanapun Abu Zeid berkata, sekatan itu tidak akan menjejaskan pasangan dan anak warga Mesir serta Qatar yang sedang menuntut di universiti awam negara itu (Mesir).

Dilaporkan sebelum ini, memetik sumber Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebagai berkata, keputusan itu dijangka dilaksana pada Rabu atau Khamis ini.

Menurut Ahram Online Mesir, langkah itu bukan sahaja akan menjejaskan pemegang pasport biasa, tetapi juga mereka yang mempunyai dokumen perjalanan diplomatik atau khas.

Langkah itu adalah susulan keputusan Mesir bersama Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dan perjalanan dengan Qatar pada 5 Jun lalu.- Agensi

The post Pengecualian visa rakyat Qatar masuk Mesir dihentikan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?