Pensyarah Melayu UKM cipta antena terkecil di dunia untuk satelit nano

Gambar Berita Harian

BANGI, 27 Syawal 1438H, Jumaat – Siapa kata anak bangsa Melayu tidak boleh mencapai kejayaan bertaraf dunia setanding dengan kaum lain. Jika usaha gigih dengan semangat dan azam untuk berjaya, segala-galanya tidak mustahil untuk dicapai.

Lelaki atau wanita, malah yang bergelar ibu juga boleh menunjukkan betapa Melayu bangsa hebat dan bertaraf dunia.

Terbukti lagi, apabila gabungan kerjasama penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya membina reka bentuk antena penampal UHF/VHF pertama di dunia untuk satelit nano, CubeSat.

Penyelidik diketuai Prof Dr Mohammad Tariqul Islam disertai Prof Dr Norbahiah Misran dan Dr Mohd Fais Mansor mendapat kerjasama Kyushu Institute of Technology, Jepun, yang memberi geran penyelidikan RM200,000 kepada mereka.

Dr Mohammad Tariqul juga pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB) UKM berkata, biasanya satelit menggunakan antena ekakutub tujahan keluar, namun kebarangkalian kegagalan mekanikal untuk ia berfungsi adalah tinggi.

Beliau yang berkata, antena penampal tidak berdepan masalah sedemikian kerana ia nipis dan melekat pada satelit.

“Komunikasi antara CubeSat dan bumi amat bergantung kepada sistem antena, justeru antena bersaiz kompak, ringan dan stabil diperlukan untuk kelancaran misi satelit nano ini.

“Jadi, antena rekaan kami ini amat sesuai untuk satelit paling kecil dengan ukuran 10 sentimeter (cm) x 10cm x 10cm,” katanya semalam.

Sementara itu, Dr Norbahiah berkata, antena itu adalah yang paling kecil di dunia diperbuat daripada tembaga menggunakan teknik gulungan beroperasi pada frekuensi UHF/VHF

Katanya, mereka menyediakan lebih 50 rekaan sebelum menghasilkan antena untuk CubeSat dan mengambil masa setahun setengah untuk disiapkan dan dipasang.

“Terdapat dua antena penampal pada satelit ini iaitu masing-masing untuk UHF dan VHF untuk komunikasi dan ia amat penting kerana fungsi CubeSat antaranya ialah merakam gambar,” katanya.

The post Pensyarah Melayu UKM cipta antena terkecil di dunia untuk satelit nano appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?