Permata dapat jutaan ringgit, elaun guru pelatih dihentikan: Pendidik

BANGI, 22 Syawal 1438H, Ahad – Persatuan Gerakan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) kesal tindakan kerajaan yang tidak adil dan mengamalkan sikap diskriminasi, apabila akan menghentikan elaun sara hidup dan perjalanan bagi guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) mulai Jun tahun depan.

Pendidik juga kerana peranan mereka yang mendidik anak bangsa diketepikan yang secara tidak langsung dibimbangi bakal membunuh minat mereka yang bercita-cita untuk menjadi guru yang baik suatu hari nanti.

Sehubungan itu, Presiden Pendidik, Normala Sudirman mendesak Kementerian Pendidikan mengkaji semula langkah untuk menghentikan elaun berkenaan sebagai langkah mengangkat martabat dan profesion perguruan dalam persada politik negara.

Mempersoalkan rasional di sebalik tindakan itu, beliau berkata, cadangan supaya guru pelatih memohon pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menampung keperluan hidup mereka juga dianggap tidak relevan dan membuktikan bahawa kerajaan seolah-olah tidak prihatin terhadap nasib bakal guru.

“Kita perlu sedar bahawa profesyen perguruan adalah perkhidmatan yang sukar diukur dengan nilai wang ringgit apatah lagi tugas mendidik adalah suatu tugas yang mulia meskipun mencabar. Gaji mereka setelah menjadi guru hanyalah memadai untuk mereka dan keluarga menjadi golongan yang hidup dalam keadaan sederhana dan tidak mewah sebagaimana profesyen lain.

“Selain memiliki tangga gaji tahap sederhana, mereka dibebani tugas-tugas kerani yang banyak walaupun fokus utama mereka adalah pengajaran dan pembelajaran murid di dalam kelas.

“Hanya insan yang memiliki kesabaran yang tinggi sahaja mampu menjadi seorang guru yang berdedikasi dan gigih dalam mendidik anak bangsa apatah lagi pada zaman zaman IT dan era globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam membentuk disipilin dan moral yang tinggi kepada anak bangsa,” katanya.

Memetik laporan Harakahdaily, Normala berkata, walaupun pembiayaan bagi mereka yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) akan diteruskan, menghentikan elaun kepada guru pelatih di mana khidmat mereka diperlukan untuk mendidik anak bangsa tidak dapat diterima sama sekali.

“Kita rasa kesal dengan tindakan kerajaan seolah-olah bersikap tidak adil dan mengamalkan sikap diskriminasi apabila mengumumkan pembiayaan bagi mereka yang mengikuti PISMP diteruskan tetapi dalam masa yang sama menghentikan elaun sara hidup dan tuntutan perjalanan bagi guru pelatih bermula Jun 2018.

“Persoalannya, mengapakah Program Permata Negara boleh diberikan peruntukan jutaan ringgit, sedangkan elaun guru pelatih mahu dihentikan pula?,” katanya.

The post Permata dapat jutaan ringgit, elaun guru pelatih dihentikan: Pendidik appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?