PTU akan maklum hasil siasatan pesawat Hawk: Hishammuddin

PUTRAJAYA, 18 Syawal 1438H, Rabu – Hasil siasatan insiden pesawat Hawk 108 yang terhempas di Kampung Yak Yah, Chukai, Terengganu pada 15 Jun lalu akan dimaklumkan Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun percaya siasatan berhubung nahas yang mengorbankan dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu dijalankan dengan baik.

“Yang itu (hasil siasatan) kena tanya pada pihak yang terbabit, boleh tanya pada PTU (Jeneral Datuk Seri Affendi Buang). Saya bukan individu yang patut memaklumkannya buat masa sekarang,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Dalam kejadian berkenaan, Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd. Hasri Zahari, 31, terkorban apabila pesawat dinaiki mereka terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu.

Kejadian berlaku ketika kedua-duanya menjalani latihan menggunakan pesawat itu sebelum terputus hubungan pada jam 11.30 pagi.

The post PTU akan maklum hasil siasatan pesawat Hawk: Hishammuddin appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian