Rundingan TPPA dimuktamad November

BANGI, 24 Syawal 1438H Selasa – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dijangka dimuktamad November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Manila.

Bercakap perkara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia ketika ini masih mengekalkan sikap terbuka berhubung cadangan yang dibangkitkan negara peserta lain mengenai TPPA.

Setakat ini, sebelas lagi negara termasuk Malaysia, masih merundingkan masa depan pakatan itu yang berjalang lebih lima tahun.

Terdahu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump secara rasmi menarik diri TPPA. Trump bertindak melalukan sedemikian bagi menunaikan janjinya ketika berkempen sebagai calon Presiden AS.

Trump nekad membatalkan rundingan negaranya dengan TPPA kerana menganggap perjanjian itu sebagai membunuh pekerjaan dan meragut kepentingan AS.

The post Rundingan TPPA dimuktamad November appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?