Seks rambang punca remaja terkena HIV
BANGI, 24 Syawal 1438H, Selasa – Kadar jangkitan HIV dalam kalangan generasi muda bawah umur 29 tahun semakin meningkat sejak tujuh tahun kebelakangan ini.
Bercakap demikian, Presiden Majlis Aids Malaysia, Bakhtiar Talhah berkata, golongan muda zaman ini banyak mengamalkan hubungan seks sebelum melangsungkan perkahwinan
Jelas beliau, itulah menjadi punca mereka begitu mudah dijangkiti HIV.
“Mereka mengamalkan hubungan seks rambang secara tidak selamat ataupun mengamalkan hubungan seks secara bebas.
“Hubungan seks sejenis (homoseksual) atau bukan sejenis, itu juga punca utama jangkitan HIV adalah menerusi hubungan seks,” katanya.
Berdasarkan perangkaan, pada 2009, seramai 807 orang disahkan dijangkiti HIV dan jumlah itu meningkat kepada 1,474 orang pada tahun lalu.
Malah, sepanjang tahun lalu juga, daripada 3,397 yang mengidap HIV positif, seramai 2,864 orang adalah menerusi hubungan seks.
The post Seks rambang punca remaja terkena HIV appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan