Sembilan orang awam maut serangan udara AS di Syria
DAMSYIK, 20 Syawal 1438H, Jumaat – Hampir sembilan orang awam maut dalam serangan udara ke atas militan Daesh yang dilancarkan kumpulan bersekutu diketuai Amerika Syarikat (AS) di bandar utara Raqqah.
Menurut sumber yang dipetik agensi berita antarabangsa berkata, serangan udara berkenaan menyasarka kawasan kejiranan al-Diriyah, terletak kira-kira 455 kilometer dari Damsyik.
Katanya, tujuh daripada mangsa terbabit merupakan sekeluarga.
Sementara pada 4 Julai lalu, sembilan orang awam terbunuh apabila jet pejuang AS melancarkan serangan udara di wilayah Hasaka di timur laut Syria.
Agensi berita tempatan melaporkan bahawa serangan udara itu melanda kampung Kashkash Zayanat berhampiran bandar Shaddadah di selatan bandar Hasakah.
Sekutu yang diketuai AS telah melancarkan serangan udara terhadap militan Daesh di Syria sejak September 2014 tanpa sebarang kebenaran daripada pemerintah Damsyik atau mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).- Agensi
The post Sembilan orang awam maut serangan udara AS di Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan