Serah diri untuk elak denda, penjara: KP Imigresen

KUALA LUMPUR, 12 Syawal 1438H, Khamis – Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang gagal mendapatkan E-Kad digesa agar menyerah diri untuk mengelak daripada didenda atau penjara, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata mereka yang menyerah diri hanya akan dikenakaan denda RM400 berbanding kompaun RM5,000 jika didapati tidak memiliki E-Kad.

“Jika kes dibawa ke mahkamah, denda minimum RM10,000 akan dikenakan.

Mereka (PATI) boleh menyerah diri dan akan dihantar pulang dengan segera, tetapi mereka akan disiasat terlebih dahulu sebelum diusir keluar.

“Di bawah program 3+1, mereka cuma perlu membayar denda sebanyak RM400 dan seterusnya membeli tiket kapal terbang dan pulang ke negara masing-masing.

— LAGI

IMIGRESEN-E-KAD 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

“Mereka juga akan disenarai hitam dari memasuki Malaysia bagi satu tempoh tertentu di mana ia boleh mencecah sehingga lima tahun,” kata Mustafar kepada pemberita selepas memberi ucapan pembukaan pada majlis taklimat mengenai Kad Pengembaraan Perniagaan APEC di sini hari ini.

E-Kad merupakan pengesahan sementara pengambilan pekerja asing yang menggantikan dokumen perjalanan yang sah dari negara masing-masing.

Ia diberi percuma kepada majikan dan sah sehingga 15  Feb 2018 bagi membolehkan majikan mempunyai masa yang mencukupi bagi melengkapkan proses pendaftaran pekerja tanpa izin mereka.

Tarikh akhir bagi pendafataran E-Kad ialah 30 Jun 2017.

Mustafar berkata tiada kemungkinan tempoh memproleh E-Kad akan dilanjutkan.

Beliau berkata kesesakan di depoh penahanan dijangka bakal berlaku berikutan proses Ops Khas E-Kad yang dijalankan hampir setiap hari.

“Namun demikian, proses pembersihan yang dilakukan dengan mempercepatkan siasatan dan tindakan proses pendakwaan atau pengusiran mampu menangani masalah tersebut,” katanya

Mustafar berkata sehingga hari ini, pihak Imigresen telah menahan lebih 2,000 pekerja asing dan 44 orang majikan di seluruh negara sejak tamat tempoh akhir pendaftaran.

— BERNAMA

ZAI RV HM

 

The post Serah diri untuk elak denda, penjara: KP Imigresen appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian