Silibus pendidikan di luar pemikiran anak-anak: ‘Kami ibu bapa pun tak dapat nak jawab’

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 23 Syawal 1438H, Isnin – ‘Silibus pendidikan anak-anak sekarang terlalu tinggi sampai tak terfikir oleh anak anak. Bahkan kita sebagai ibu bapa pun, kadang tak dapat nak jawab pertanyaan anak’

Demikian antara luahan ibu bapa yang kesal dengan silibus pendidikan sekarang yang dirasakan sangat berat dan jauh lebih susah berbanding dahulu.

Noraini Habib berkata, beliau sendiri kadang kala tidak dapat menjawab pertanyaan anak berkaitan pelajaran di sekolah.

“Terlalu tinggi. Macamana nak membantu? Saya sendiri geleng kepala tengok soalan,” katanya di petik di Facebook.

Salmah Kak Teh pula berkata, beliau akui betapa sukarnya anak-anak belajar pada masa ini.

“Menjawab dan mempelajari sesuatu yang saya rasa belum waktu dan di luar kemampuan mereka. Ini menjadikan mereka bosan dan sangat tertekan. Perancangan siapa? Guru hanya menyampai mengikut silibus yang wajib dihabiskan,” katanya.

Rata-rata netizien bersetuju dengan pandangan yang diutarakan Timbalan Dekan dan Pensyarah Fisiologi USIM, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar hari ini berhubung isu silibus persekolahan anak-anak yang dilihat di luar kemampuan usia.

Bercakap sebagai ibu, Dr Rafidah berkata, beliau terkejut apabila melihat anaknya di tingkatan 1 telah pun didedahkan dengan sistem reproduksi.

“Saya masih ingat, 2 atau 3 tahun yang lepas si abang belajar topik ini ketika di tingkatan 3, dan ada soalan percubaan PT3 telahpun bertanyakan pelajar tentang konsep perancang keluarga menggunakan senario pesakit yang mempunyai sista ovari (ovarian cyst).

“Saya melihat buku sains tingkatan 1 anak saya, dan penerangan tentang sistem reproduksi amat ringkas, menyebabkan sukar bagi anak seusia 13 tahun memahami apa yang berlaku dalam kitaran haid seorang wanita,” katanya.

Sebagai pensyarah fisiologi perubatan, Dr Rafidah berkata, beliau memang faham tentang topik ini, namun para pelajar perubatan yang diajarnya pun memerlukan lebih dari sekadar kuliah termasuk sesi diseksi/bedah mayat bagi melihat organ reproduksi dan diambil pula tisu rahim untuk dilihat di bawah mikroskop.

Bukan itu sahaja katanya, banyak lagi silibus yang tidal mampu ditangani oleh anak-anak ini. Sewaktu soalan percubaan PT3 mengenai perancang keluarga keluar 2-3 tahun dulu, sahabat saya yang merupakan doktor pakar perbidanan dan sakit puan, menyatakan hanya anak beliau yang mendapat markah penuh.

“Soalan peperiksaan penggal sains bagi si adik ketika beliau didalam darjah empat adalah tentang “perubahan kadar pernafasan, ketika inhalasi (menyedut udara)”. Saya memang terkejut.

“Pertamanya soalan itu salah, kerana menarik nafas dalam dan kadar pernafasan adalah variabel/pembolehubah yang sama. Yang sebetulnya ialah kadar denyut nadi yang berubah apabila seseorang menarik nafas dalam.

“Dan konsep ini amat sukar difahami hatta oleh pelajar perubatan sekalipun kerana ia melibatkan pemahaman tentang banyak lagi sistem sirkulasi (venous return, end diastolic volume etc) dan pernafasan (intrathoracic, intrapleural, transpulmonary pressure), sehingga mereka memerlukan 3 jam praktikal bagi menguji dan memahami konsep perubahan ini.

“Bagi budak berusia 10 tahun, bagaimana menerangkan konsep ini selain menghafal sahajalah? Soalan adalah berbentuk pilihan objektif,” katanya.

Walaubagaimanapun, Dr Rafidah menegaskan, beliau tidak mempersoalkan guru-guru yang berdedikasi mengikut silibus yang diberikan, sebaliknya penggubal silibus yang perlu menyemak semula silibus pelajaran berkenaan.

Norhanani Ahmad berkata, beliau bersetuju dengan pendapat Prof Rafidah yang mana guru tidak salah kerana mereka hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab iaitu mengikut silibus yang diberikan.

“Bagi saya juga penggubalan silibus harus diperinci. Kadang kala kandungam yang ada dalam buku teks juga tidak lengkap dan samar-samar. Ini juga berlaku pada saya apabila ingin membantu anak di dalam mengulangkaji pelajaran, saya terpaksa mencari rujukan yang lain supaya persoalan dapat dijawab dengan sempurna dan difahami,” katanya.

The post Silibus pendidikan di luar pemikiran anak-anak: ‘Kami ibu bapa pun tak dapat nak jawab’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?