Langkau ke kandungan utama

Sistem tiket bersepadu rel menjelang akhir tahun: Liow

KUALA LUMPUR, 25 Syawal 1438H, Rabu – Sistem integrasi tiket yang menggunakan satu tiket bagi perkhidmatan rel di negara ini dijangka dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, sistem integrasi tiket tersebut melibatkan semua perkhidmatan rel termasuk projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura dan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Pantai Timur dengan Lembah Klang.

“Sistem ini saling melengkapi antara perkhidmatan rel dan mudah untuk penumpang melakukan perjalanan dengan menggunakan hanya satu tiket,” kata Tiong Lai selepas merasmikan Mural di stesen LRT Ampang Park, di sini.

Liow berkata, dua pengendali terbesar perkhidmatan rel, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), yang mengendalikan perkhidmatan Komuter dan pengendali sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sudah mengadakan perbincangan ke arah mewujudkan sistem tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, ada beberapa isu perlu diselesaikan terlebih dahulu berikutan kedua-dua pengenda­li tersebut mempunyai sistem tiket yang berlainan.

Sistem integrasi tiket tersebut merupakan inisiatif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai salah satu transformasi kerajaan memperbaiki kecekapan pengangkutan awam darat, sekali gus meningkatkan keselesaan pengguna.

Mengenai majlis, Tiong Lai berkata, seni mural yang dilakukan oleh beberapa pelajar kolej pada dinding stesen LRT berkenaan mencerminkan kewujudan pelbagai budaya dan kepelbagai­an masyarakat Malaysia.

Beliau berkata, mural tersebut adalah salah satu kaedah membantu menyatukan pelbagai lapisan masyarakat daripada berbilang kaum dan bangsa di negara ini.

“Melalui seni mural ini, kita akan dapat mengekalkan tradisi dan budaya kita,” katanya. – Bernama

The post Sistem tiket bersepadu rel menjelang akhir tahun: Liow appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian