Telegram sekat kandungan keganasan selepas tindakan Indonesia

BANGI, 23 Syawal 1438H, Isnin – Pengawal aplikasi Telegram menubuhkan satu pasukan khas pemantau yang biasa dengan bahasa dan budaya Indonesia bagi menyekat kandungan yang mempunyai unsur keganasan, dengan lebih pantas

Dalam mesej yang disampaikan kepada 40,000 pengikutnya, Pavel Durov – yang memperkenalkan aplikasi Telegram bersama adiknya pada 2013 – berkata, kegagalan memberi tindak balas segera terhadap langkah Indonesia membimbangkan, tetapi usaha kini dibuat bagi memperbetulkannya.

Pengumuman Durov itu dibuat berikutan kerajaan Indonesia memberi amaran akan menyekat sepenuhnya aplikasi itu, selepas didapati digunakan kumpulan militan secara meluas. Indonesia mempunyai berjuta-juta pengguna aplikasi Telegram.

Sebagai langkah sementara, Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat mengarahkan syarikat internet menyekat akses terhadap 11 alamat Telegram, yang disyaki merekrut rakyat Indonesia menyertai kumpulan bersenjata, serta menyebarkan kebencian dengan hasrat melakukan serangan.

Sistem pengekodannya yang kukuh menjadi aplikasi Telegram bukan sahaja popular kepada pihak yang mengutamakan keselamatan berkomunikasi dan privasi, tetapi juga kumpulan bersenjata dan penjenayah.

Durov berkata, Telegram telah menyekat beribu-ribu rangkaian yang ada kaitan dengan IS sebulan.

Suspek penyerang yang ditahan pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini, memberitahu mereka berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan Telegram, dan menerima arahan serta arah bagi melakukan serangan menerusi aplikasi itu, termasuk daripada Bahrun Naim – warga Indonesia yang menyertai ISIL serta IS.

Beliau berkata, Telegram sekarang ini telah menyekat rangkaian berkaitan yang dilaporkan oleh kerajaan Indonesia kepada mereka.

“Kami sedang membentuk satu pasukan moderator yang mempunyai kepakaran dalam budaya dan bahasa Indonesia bagi memproses kandungan yang ada kaitan dengan pengganas lebih cepat dan tepat,” katanya. – Agensi

The post Telegram sekat kandungan keganasan selepas tindakan Indonesia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?