TH laksana sistem pengenalan kod warna

BANGI, 6 Zulkaedah 1438H, Ahad – Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan sistem pengenalan kod warna untuk mengatur operasinya di Tanah Suci tahun ini, berikutan peningkatan kuota jemaah haji Malaysia kepada 30,200 orang.

Timbalan Ketua (kebajikan jemaah haji) bagi 1438H, Nurrin Anuwar Shamsuddin berkata, jemaah haji musim ini akan ditempatkan di 24 buah bangunan, berbanding sembilan buah bangunan tahun lalu.

Setiap penginapan akan menempatkan empat hingga lapan penghuni di setiap bilik.

24 buah bangunan itu dibahagikan kepada lima zon, manakala jemaah haji Malaysia akan dikelompokkkan di bawah 13 maktab, masing-masing dengan kod berwarna yang ditetapkan.

Bagi jemaah yang pertama kali mengerjakan umrah, kad pengenalan tambahan akan diberikan apabila mereka melakukan ibadah itu.

“Ini akan memudahkan pengenalan bagi kedua-dua jemaah haji dan pasukan rondaan TH yang ditempatkan di Masjidil Haram, yang boleh membantu mereka yang tersesat dari kumpulan itu untuk pulang,” katanya seperti dilapor New Straits Times.

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia akan tiba di Makkah hari ini (Ahad). Penerbangan pertama yang membawa 278 jemaah akan tiba di Jeddah pada jam 7 pagi (waktu tempatan) dan tiba di Makkah pada waktu petang.

Manakala, penerbangan kedua dengan 420 jemaah dijangka tiba pada 12 tengah hari.

The post TH laksana sistem pengenalan kod warna appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?