Tiada cadangan kenaikan tol: Rosnah

PETALING JAYA, 16 Syawal 1438H, Isnin – Kementerian Kerja Raya menegaskan tiada sebarang perbincangan dibuat berkenaan kenaikan kadar tol setakat ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, keputusan untuk mengekalkan kadar tol bagi 12 konsesi lebuh raya seperti yang diumumkan pada tahun lepas masih tidak berubah.

“Setakat ini, tidak ada (perbincangan berkaitan kadar tol), tiada keputusan seperti itu,” katanya ketika ditemui pemberita dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sebarang kenaikan kadar tol susulan terdapat empat lebuh raya yang berhak menerima kenaikan tol tahun ini.

Empat lebuh raya tersebut adalah Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS), Lebuhraya Senai–Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Terdahulu, Rosnah hadir menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 40 anak yatim  pusat kebajikan Baitul Ulfah Centre pada majlis rumah terbuka anjuran Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK). – Bernama

The post Tiada cadangan kenaikan tol: Rosnah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?