Tiada rakyat Malaysia di Turki dan Greece terlibat dalam gempa bumi

KUALA LUMPUR, 28 Syawal 1438H, Sabtu – Tiada rakyat Malaysia dikenal pasti sehingga kini menjadi mangsa dalam gempa bumi bermagnitud 6.6 pada skala Richter di Bodrum, Turki dan Pulau Kos, Greece pada pukul 6.31 pagi (waktu Malaysia), pada Jumaat.  

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada malam tadi melahirkan rasa simpati terhadap mangsa bencana alam itu.

Ia menyarankan mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas akibat  kesan bencana itu supaya menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara di alamat 58, Mahatma Gandhi Caddesi, 06700 Gaziosmanpaşa atau di talian  +(90-312) 4463 547 / 548 atau menerusi emel  mwankara@kln.gov.my

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 200 cedera dalam gempa bumi itu.  – Bernama

The post Tiada rakyat Malaysia di Turki dan Greece terlibat dalam gempa bumi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?