Tidak perlu PRK DUN Nenggiri: SPR

PUTRAJAYA, 24 Syawal 1438H, Selasa – Tiada pilihan raya kecil akan diadakan untuk mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan.

Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Md Yusop Mansor berkata, keputusan itu dibuat sejajar dengan peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Katanya, 13 Julai lalu, SPR telah menerima surat rasmi daripada Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kob berhubung kekosongan kerusi DUN Nenggiri selepas penyandangnya (DUN BN), Datuk Mat Yusoff Abd Ghani hilang kelayakannya pada 11 Julai.

Mat Yusoff diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor, sekali gus telah hilang kelayakan sebagai ADUN berkuat kuasa pada tarikh tersebut.

Md Yusop berkata, peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan di bawah Perkara 46(5) menyatakan bahawa kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN tidak boleh lagi diisi dalam tempoh dua tahun sebelum mandat yang diberikan kepada kerajaan negeri berakhir, melainkan speaker memberitahu secara bertulis kepada SPR akan keperluan pengisian kekosongan luar jangka tersebut.

“Berdasarkan surat pemberitahuan, Speaker tidak menyebutkan keperluan untuk mengisi kekosongan kerusi luar jangka itu.

“Ia juga memandangkan tempoh mandat DUN Kelantan pada PRU Ke-13 (PRU13) iaitu pada 2013 telah melebihi tempoh tiga tahun. Maka, SPR telah memutuskan bahawa tiada pilihan raya kecil di Nenggiri,” katanya dalam satu kenyataan.

The post Tidak perlu PRK DUN Nenggiri: SPR appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?