Tolak mana-mana pemimpin yang tidak pertahankan Islam, desak UMMAH

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 25 Syawal 1438H, Rabu – Lebih 100 pertubuhan Melayu dan Islam bergabung membentuk Gerakan Pembela UMMAH bagi memperkasa kedaulatan Islam di negara ini.

Ditubuh melangkaui ideologi politik kepartian untuk mendesak pemerintah atas isu isu umat Islam, Pengerusinya, Tuan Aminuddin Yahaya berkata, ini merupakan sebahagian tindakan yang sangat tepat dalam usaha memperjuang kepentingan Islam.

Jelas beliau, UMMAH memberi fokus kepada menyatupadukan umat Islam dan menjadi suara pendesak, mengukuhkan kedaulatan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, dominasi dan kekuatan umat Islam di dalam politik, mendesak dan memastikan pemerintah menerapkan bilai Islam dan memperjuang pemerkasaan institusi Islam negara.

“UMMAH akan menangani isu semasa yang dilihat semakin menghakis kedudukan Islam dan orang Melayu. Keceluparan pihak tertentu menghina Islam, penerapan unsur liberalism bahkan kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan dalam isu berkaitan Islam menjadikan peranan UMMAH diperlukan.

“UMMAH sedar ada usaha halus dari pihak tertentu untuk mengubah fasa dalam Perlembagaan, penularan gerakan Evangelis, penghapusan identiti dan jatidiri bangsa Melayu.

“Sebab itu kita rasakan UMMAH perlu bangkit memperkasakan semula agenda Islam dan sama sekali tidak akan berkromponi dengan pihak yang sengaja menghapuskan identiti Islam,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Antara ahli-ahli gabungan NGO Islam dalam UMMAH adalah Kongress Rakyat, Pembela, Gabungan AMIN, PINTA, Ummat RUU355, Isma, PPIM dan lain lain.

Dengan anggaran ahli UMMAH lebih 100,000 orang, Tuan Aminuddin berkata, UMMAH akan sentiasa bertindak dalam kerangka yang menghormati hak berperlembagaan semua rakyat Malaysia, Islam dan bukan Islam.

“Dalam masa terdekat, kami akan mengemukakan tuntutan kepada pemerintah, setakat ini aka nada lagi tokoh dan pemimpin Islam yang akan bersama-sama UMMAH bagi mmeperjuangkan matlamat yang sama,” katanya.

The post Tolak mana-mana pemimpin yang tidak pertahankan Islam, desak UMMAH appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?