Tsunami Melayu untuk PAS pada PRU14: Tuan Ibrahim


Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

KOTA BHARU, 27 Syawal 1438H, Jumaat – Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menjangkakan gelombang tsunami Melayu pada pilihan raya umum akan datang yang berpihak kepada parti itu.

Dengan merujuk kepada gelombang pengundi Melayu pada pilihan raya umum pada tahun 1990 dan 1999, katanya, tidak mustahil pada PRU14 akan datang akan berlaku perkara yang sama.

“Orang Melayu yang ada kesedaran politik untuk membuat perubahan, dan perubahan itu kepada Islam. Kita harapkan insya-Allah, sebab itu bagi PAS kita mengambil pendekatan politik matang, satu pendekatan yang harmoni, tiada lagi maki hamun, cerca, tajam tapi penyelesaian tak ada,” katanya kepada Ismaweb selepas menjadi ahli panel dalam forum bertajuk Islam Jalan Penyelesaian di sini malam tadi.

Katanya, penyertaan skala besar generasi anak muda menjadi ahli parti dan menyertai banyak aktiviti membuktikan perkara tersebut.

“Kebangkitan generasi muda, kita tengok dalam program-program parti pun, boleh kata 60 hingga 70 peratus orang muda, kita dulu kita bimbang, apabila berlaku masalah, orang muda lari daripada PAS, tetapi sekarang kita tengok purata kemasukan hampir 7 ribu, 10 ribu sebulan, yang masuk kebanyakannya orang muda.

“Jadi ini kita rasa satu perubahan, anak muda ada kesedaran untuk balik pada Islam dan perjuangan PAS,” katanya lagi.

Ketika berucap dalam forum berkenaan, beliau berkata, PAS perlu mengekalkan penguasaan politik negeri Kelantan supaya dapat membuktikan bagaimanakah pemerintahan Islam sebenar.

 

The post Tsunami Melayu untuk PAS pada PRU14: Tuan Ibrahim appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?