VIDEO | Hidayah murtad tidak benar
Telah tular satu kes di Whatsapp tentang seorang muallaf wanita bernama Nur Hidayah Low Binti Abdullah yang dikatakan hampir memberikan anaknya kepada orang lain dan mahu murtad kerana diceraikan suaminya.
Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) segera melakukan siasat dan kunjungan dan dapat bertemu dengan Nur Hidayah Low. Video ini adalah penafian dari tuan punya badan bahawa apa yang ditularkan itu adalah TIDAK BENAR!!!
Diharapkan semua sahabat akan lebih berhati-hati dalam menularkan apa jua maklumat sebelum kita mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan isu itu.
Tahniah kepada MAIPs di atas respon yang cepat dan kami percaya, majoriti Majlis dan Jabatan Agama di seluruh Malaysia juga berusaha keras turun padang membantu dengan kadar yang segera.
The post VIDEO | Hidayah murtad tidak benar appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan